Aktiviti

Bakri agih seribu Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya

KLAWANG: Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021, ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah mengagihkan Jalur Gemilang kepada 1,000 pengguna jalan raya di Pekan Kuala Klawang.

“Sebanyak 1,000 bendera Malaysia telah diagihkan kepada pengguna jalan raya yang melalui Pekan Kuala Klawang.

“Rata-rata pengguna jalan raya yang ditemui merasa amat gembira dengan pemberian bendera ini.

“Mereka bersemangat untuk meraikan Hari Kebangsaan yang ke-64 pada tahun ini,” kata Bakri.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan berkata, memandangkan kebanyakan orang ramai kurang berminat mengibarkan bendera kebangsaan, beliau berbesar hati untuk mengagihkan Jalur Gemilang kepada mereka.

“Diharap tradisi memasang bendera Malaysia tanda kemerdekaan ini dapat diteruskan bagi memperingati pejuang kemerdekaan,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Wanita Amanah Jelebu, Puan Juliana, kakitangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang dan pengurusan MPKK DUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button