Berita

BAKRI: Buah-buahan dan sayur-sayuran tingkat imunisasi badan

TAMPIN: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir bersama Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, YB Choo Ken Hwa telah menghadiri program MAFI PERIHATIN di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Gemencheh.

Program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan ini adalah bagi membantu memasarkan lebihan pengeluaran hasil pertanian tempatan.

Bakri berkata, kempen ini dianjurkan bagi mempromosi agar orang ramai melebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan.

“Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan perlu bagi meningkatkan sistem imunisasi badan, apatah lagi kini kita mendepani ancaman pandemik Covid-19,” katanya.

Turut hadir Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A. Tambi; Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Puan Asmizal Jaafar dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Puan Salasiah Hashim.

Show More

Related Articles

Back to top button