Berita

Bakri dan Nasir sumbang jentera penarik bot kepada nelayan Teluk Kemang

BAGAN PINANG: Berakhirnya satu penantian, begitulah luahan hati Encik Mustaza Md Nor yang merupakan Pengerusi Kebajikan Anak Nelayan Teluk Kemang.

Mustaza berkata, setelah menunggu hampir 12 tahun akhirnya impian ahli persatuan untuk memiliki jentera Kubota (penarik bot) termakbul.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman berkata, sebelum ini ahli persatuan menggunakan kenderaan sendiri bagi menarik bot ke darat.

“Ini menelan kos penyelenggaraan yang amat tinggi. Dengan adanya jentera ini, selain dapat memudahkan kerja ianya juga dapat meringankan beban ahli persatuan,” kata Nasir.

Sementara itu, Mustaza mewakili ahli persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nasir kerana atas inisiatif beliau, ahli persatuan dapat memiliki jentera ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Bakri Sawir yang turut membantu mendapatkan sumbangan jentera ini.

Untuk makluman persatuan ini mempunyai keahlian seramai 60 orang.

Show More

Related Articles

Back to top button