Berita

Bakri galak anak muda ceburi ternakan benih ikan

KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah melawat usahawan ternakan benih ikan seperti ikan kelah, ikan sebarau dan lain-lain spesies ikan sungai di Kuala Klawang.

Bakri berkata, Encik Zulfadli menternak dan menjual benih ikan kepada pengusaha restoran dan peminat ikan hiasan.

“Pasaran ikan beliau juga mendapat permintaan dari luar Negeri Sembilan termasuk Lembah Kelang dan Singapura.

“Saya amat berbangga dengan usaha Encik Zulfadli yang mengusahakan ternakan ini dan berkembang seperti yang dirancang.

“Jabatan Perikanan Negeri Sembilan juga ada memberi bantuan seperti peralatan dan khidmat nasihat,” kata Bakri.

Bakri yang juga ADUN Klawang berkata, beliau bagi pihak Kerajaan Negeri akan membantu dari segi dana kewangan untuk pembesaran pusat ternakan dan pembiakan ikan ini.

“Saya berharap akan ada lebih ramai lagi anak-anak muda yang menceburkan diri di dalam bidang ini kerana ia boleh memberi pulangan yang lumayan,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button