Berita

Bakri hulur bantuan kupon RM100 kepada 1,310 keluarga

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Ir.Bakri Sawir menyerahkan bantuan kupon bernilai RM100 kepada 1,310 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Bakri berkata, 1,310 keluarga kurang berkemampuan yang menerima kupon tersebut dari DUN Klawang.

“Penerima kupon boleh membeli barangan keperluan dapur bernilai RM100 daripada kedai yang disenaraikan.

“Kupon ini sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Negeri tidak mengambil kira faktor bangsa, agama dan ideologi apabila menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sebelum ini,” kata Bakri.

Majlis penyerahan kupon diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button