Berita

Bakri hulur bantuan makanan kepada 20 anggota polis Jelebu dikuarantin Covid-19

KLAWANG: ADUN KLAWANG, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti gula, tepung, minyak masak dan susu kepada 20 anggota Polis Ibu Pejabat Daerah Jelebu yang sedang dikuarantin akibat Covid-19.

“20 anggota polis berkenaan adalah kontak rapat kepada beberapa anggota lain yang positif Covid-19.

“Anggota yang positif telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemantauan lanjut,” kata Bakri.

Barangan bantuan telah diterima oleh Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Mazlan Udin. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan dan keprihatinan Bakri yang sentiasa peka dan bersedia membantu masyarakat Klawang yang memerlukan.

Sementara itu Bakri turut menziarahi Adik Muhammad Faizee Saizee, 12, yang menghidapi penyakit jantung di Kampung Seperi dekat sini.

Bakri menyerahkan sumbangan kewangan kepada Saudara Saizee, bapa kepada Adik Muhammad Faizee.

“Saya berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga Adik Muhammad Faizee.

“Saya juga telah memaklumkan kepada semua MPKK dan Ahli Majlis agar melaporkan kepada Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang sekiranya ada penduduk setempat yang memerlukan apa-apa bantuan semasa wabak Covid-19 ini yang masih mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk Klawang,” jelas Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan.

Show More

Related Articles

Back to top button