Berita

RM11.71 juta diperuntukkan naik taraf Maahad Ahmadi

SEREMBAN: Kerajaan Negeri sentiasa memberi fokus kepada pendidikan agama Islam di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan ini boleh dilihat apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan RM11.71 juta bagi menaik taraf serta membina membangunkan fasaliti baru di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan.

“Sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, saya dapati prasarana di sekolah ini terlalu usang dan tidak terjaga.

“Oleh itu, peruntukkan ini diluluskan bagi membolehkan pelajar berada dalam keadaan yang kondusif sewaktu pembelajaran.

“Maahad Ahmadi banyak memainkan peranan yang besar dalam melahirkan ulama yang mengembangkan ilmu agama Islam di negeri ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut berkata, pembinaan baru ini bakal melibatkan enam buah bangunan iaitu:

i. Blok asrama lelaki

ii. Blok asrama perempuan

iii. Blok akademik

iv. Dewan Makan

vi. Surau

vii. Blok-blok sokongan

“Selain itu, Maahad Ahmadi juga merupakan salah satu sekolah yang sering mendominasi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di peringkat kebangsaan.

“Besarlah harapan saya agar pembangunan baharu ini membolehkan Maahad Ahmadi melahirkan lebih ramai para ulama dan memastikan syiar Islam terus bersinar di Negeri Sembilan, Insya Allah,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button