Berita

Bakri hulur sumbangan makanan kepada 12 keluarga dikuarantin

KLAWANG: ADUN Klawang, Dato Ir Haji Bakri Sawir telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan makanan kepada 12 keluarga yang dikuarantin Covid-19 di sekitar Kuala Klawang.
“Keluarga yang terkesan secara amnya adalah dari kalangan mereka yang didapati mempunyai kontak rapat dengan mangsa Covid-19.

“Mangsa-mangsa berkenaan walaubagaimanapun telah dibawa ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan lanjut,” ujar Bakri.

Bakri berkata, pihaknya mengambil langkah SOP yang ketat semasa menyampaikan bantuan seperti gula, beras, tepung, minyak masak dan lain-lain keperluan memasak.

“Saya berharap agar dengan sumbangan ini, ia dapat meringankan beban keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang akan sentiasa memantau dan mendapatkan maklumat terkini agar dapat meneruskan dan menyampaikan apa-apa bantuan yang diperlukan,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan.

Show More

Related Articles

Back to top button