Berita

Bakri: Ibubapa dinasihatkan sentiasa pantau tingkah laku anak-anak

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Bakri Sawir menasihatkan ibubapa sentiasa memantau tingkah laku dan pergerakan anak-anak mereka, agar tidak terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

Bakri berkata demikian dalam ucapan perasmian Bengkel Gaya Keibubapaan Asnaf Daerah Jelebu anjuran Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jelebu di Dewan D’Sury, Kuala Klawang.

“Saya mengalu-alukan bengkel seumpama ini dan mengingatkan agar ibubapa menjaga dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya agar tidak terjerumus ke arah salah guna dadah.

“Pada masa yang sama, saya juga berharap orang ramai bersama-sama membantu kerajaan mengurangkan penularan wabak Covid-19 dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Bakri turut menyerahkan sumbangan dari Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan kepada peserta asnaf Daerah Jelebu.

Show More

Related Articles

Back to top button