Berita

Bakri: Jalan pertanian Kampung Kelembang akan dibaiki segera

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah membuat satu lawatan kerja ke Kampung Kelembang di Ulu Jelebu bagi meninjau laporan aduan jalan pertanian yang rosak.

“Jalan berkenaan digunakan oleh usahawan yang mengusahakan tanaman buah-buahan terutama durian.

“Keadaan jalan yang teruk dan jambatan yang telah rosak, menyukarkan usahawan terbabit membawa keluar hasil tanaman mereka di samping membahayakan pengguna jalan ini,” kata Bakri.

Bakri berkata, pihak Pejabat Daerah Jelebu telah maklum tentang masalah ini dan akan mengambil tindakan membaiki semula jalan ini.

“Saya akan bekerjasama dgn Pejabat Daerah Jelebu bagi menyelesaikan permasalahan ini,” ujar Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Ulu Jelebu, Encik Mohd Khidzir Mohd Zain.

Show More

Related Articles

Back to top button