Berita

Bakri ketuai 150 peserta ekspedisi mendaki Bukit Tajali

KLAWANG: Sempena sambutan Hari Malaysia, ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah mengadakan program mendaki di Bukit Tajali, dekat sini.

Seramai 100 orang peserta awam dan 50 orang peserta dari pelbagai jabatan kerajaan di Daerah Jelebu telah mengambil bahagian dalam program ini.

“Bagi mengelakkan budaya subsidi, peserta telah dikenakan bayaran minima sebanyak RM15.

“Peserta telah menerima sehelai t-shirt, pek makanan roti dan air, sijil pendakian dan paling istimewa dihadiahkan sebuah tongkat mendaki.

“Saya berasa bangga kerana dapat bersama warga Klawang sempena sambutan Hari Malaysia.

“Aktiviti ini dapat memastikan kesihatan badan sentiasa berada dalam keadaan baik. Allah SWT amat suka kepada umatnya yang mengamalkan gaya hidup sihat,” kata Bakri.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan berkata, beliau akan menganjurkan aktiviti mendaki ini pada setiap tahun.

Show More

Related Articles

Back to top button