Berita

Bakri lancar Pertanian Pinggir Bandar Hidroponik

AMPANGAN: Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Bakri Sawir telah merasmikan program Pra-Pelancaran Projek Pertanian Pinggir Bandar Hidroponik NFT (Nutrien Flow Techniques) DUN Ampangan.

Bakri berkata, sasaran program ini adalah untuk golongan B40.

“Golongan B40 yang berminat dan komited mengusahakan pertanian ini, sedia menerima latihan dari Jabatan Pertanian, serta dilaksanakan secara berkelompok (dikawal selia oleh MPKK).

“Semoga program ini dapat menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, ia dapat menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian.

“Ketiga, memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Turut hadir dalam program ini, Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Abd Malek merangkap ADUN Ampangan; Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Exco Luar Bandar, YB Ismail Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button