Berita

Bakri mahu pengusaha Madu Kelulut bergerak sebagai satu komuniti satelit

KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir bersama isteri telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Usahawan Kelulut Komuniti Satelit Trigonalife di Pusat Kelulut Trigonalife, Kendong, Rembau.

Bakri berkata, kursus ini bagi membangunkan usahawan kelulut dan bergerak sebagai satu komuniti satelit Trigonalife di masa akan datang.

“Terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik dalam industri kelulut agar keaslian madu, proses penjagaan madu dan penuaian hasil madu kelulut.

“Jabatan Pertanian Negeri Sembilan ada menawarkan dan menggalakkan agar pengusaha mendapatkan pensijilan myGap dalam industri kelulut,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Puan Umairah Binti Abu Kasim ; Encik Mokhtar dari TEKUN Nasional dan Encik Hafiz dari Agrobank.

Kursus ini berlangsung selama dua hari di Pusat Kelulut Trigonalife, Kendong, Rembau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button