Berita

Bakri mahu tingkatkan industri makanan di Negeri Sembilan

JELEBU: Dalam usaha meningkatkan industri makanan di Negeri Sembilan, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir telah mengadakan mesyuarat dan lawatan ke Ladang Ternakan Konsortium Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) di Kampung Kuala Jerang, Simpang Durian, Jelebu.

“Tujuan mesyuarat dan lawatan ini adalah untuk meninjau perkembangan industri ruminan bagi membantu usahawan di dalam aspek-aspek yang boleh meningkatkan industri makanan di Negeri Sembilan, di samping memastikan bekalan daging yang mencukupi bagi pasaran negeri,” kata Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang.

Turut hadir Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Show More

Related Articles

Back to top button