Aktiviti

Bakri: Masalah hakisan tebing sungai di Ladang Jelebu selesai

KLAWANG: Permasalahan sebuah sungai kecil yang tebingnya terhakis di Ladang Jelebu telah selesai, kata ADUN Klawang, YB Bakri Sawir.

Bakri berkata, ‘Gabion Wall’ telah siap dipasang di kawasan yang tebing sungainya terhakis.

“Tindakan ini perlu memandangkan tebing sungai yang terhakis ini sangat berhampiran dengan sebuah jalan yang sentiasa digunakan oleh penduduk di sini untuk urusan harian.

“Saya juga sempat menziarahi Pengerusi MPKK Kampung Kemin, Encik Mahadi Mohamad yang mengusahakan ternakan lebah kelulut.

“Saya akan cuba membantu mengembangkan ternakan lebah kelulut beliau,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

 

Show More

Related Articles

Back to top button