Berita

Bakri mengotakan janji, rumah baru 80% siap

KLAWANG: ‘Bakri mahu bina rumah untuk lelaki tidur bawah jambatan’, begitu lah tajuk berita Negeri Kita pada 13 Oktober lepas.

Terbukti ADUN Klawang, YB Bakri Sawir mengotakan janjinya dan sebuah rumah untuk lelaki yang bergelandangan itu, sudah pun siap 80 peratus.

“Kelmarin saya telah pun meninjau perkembangan pembinaan rumah untuk lelaki tersebut.

“Alhamdullillah, saya puas hati dengan progres pembinaan rumah tersebut.

“Apabila rumah ini siap sepenuhnya, saya berharap ianya akan memberi keselesaan dan tempat tinggal yang lebih baik kepada beliau,” kata Bakri.

Negeri Kita sebelum ini pernah melaporkan nasib lelaki yang berusia 57 tahun tersebut; yang mendapat perhatian Bakri.

Selepas melawat lelaki berkenaan yang tidur di bawah jambatan Sungai Triang di Kampung Mengkan pada waktu malam, Bakri menjanjikan akan membina sebuah rumah untuk lelaki tersebut.

Walaupun rumah kakak lelaki tersebut hanya 200 meter dari jambatan tersebut, lelaki itu enggan tidur di rumah kakaknya atas alasan tidak mahu menyusahkan adik beradiknya yang lain.

Beliau hanya akan balik ke rumah kakaknya pada waktu siang untuk makan dan minum.

Show More

Related Articles

Back to top button