Berita

Bakri: Peserta TKPM digalak teroka pasaran luar negara

KLAWANG: Peserta Tapak Pengeluaran Kekal Makanan (TKPM) di Negeri Sembilan digalakkan memasarkan produk pertanian mereka ke luar negara; kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir.

“Bagi memastikan pengeluaran hasil produk mereka dapat menembusi pasaran antarabangsa, peserta TKPM di negeri ini perlu mempunyai Sijil Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP ).

“Apabila sudah memiliki Sijil myGAP, hasil produk pertanian diusahakan peserta boleh dieksport keluar negara antaranya Singapura yang mempunyai syarat pengimportan hasil pertanian dari luar yang ketat.

“Ini satu langkah ke depan dalam menjana pendapatan yang lebih tinggi,” kata Bakri.

Dalam perkembangan lain, Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang berkata, TKPM di Negeri Sembilan akan diusahakan oleh peserta yang mempunyai komitmen tinggi terhadap bidang pertanian.

“Peserta yang tidak menunjukkan minat akan diganti selepas selesai menjalani sesi temuduga yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian bersama agensi berkaitan.

” Kita serius memastikan TKPM mencapai matlamat dalam memastikan bekalan makanan yang mencukupi dapat disediakan bukan sahaja bagi penduduk di negeri ini tetapi kegunaan penduduk lain seperti di Lembah Klang,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button