Berita

Bakri puas hati ladang ternakan ayam ambil langkah pencegahan

GEMENCHEH: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’Ir.Bakri Sawir mengadakan lawatan susulan ke sebuah ladang ternakan ayam di Air Kuning Selatan.

Bakri berkata, lawatan ini berkaitan isu pencemaran Sungai Air Kuning Selatan yang berpunca dari ladang ternakan ayam tersebut.

“Saya berpuas hati dengan langkah pencegahan yang diambil oleh pengusaha ladang ayam ini.

“Pihak syarikat telah membina kolam takungan bagi menampung buangan najis dari ladang penternakan ayam ini.

“Pengusaha ladang ternakan ayam haruslah beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh jabatan yang berkaitan agar tidak menimbulkan masalah lain seperti pencemaran.

“Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang pada masa hadapan,” kata Bakri.

Baru-baru ini Bakri mengadakan lawatan mengejut ke ladang ternakan ayam ini.

Ini berikutan aduan dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berhubung masalah pencemaran air Sungai Air Kuning yang dipercayai berpunca dari ladang ternakan ayam tersebut.

Turut serta dalam lawatan ini Abd Latif, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Tampin dan Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Baru Air Kuning Selatan.

Show More

Related Articles

Back to top button