Berita

Bakri: Rumah mangsa ribut akan dibaiki segera

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Bakri Sawir berkata, rumah Puan Semah Majid, 91, di Kampung Chenor/Jelin yang rosak teruk akibat ribut, akan dibaiki segera.

“Saya telah melawat beliau kelmarin dan didapati bumbung rumah mengalami kerosakan yang teruk sehingga air hujan masuk ke dalam rumah.

“Puan Semah tinggal bersama suami, adik serta ibu mertua yang sakit angin ahmar,” ulas Bakri.

Bakri turut berjanji akan menyumbang sebuah katil mudah laras kepada ibu mertua Semah.

Show More

Related Articles

Back to top button