Berita

Bakri santuni ahli Amanah Teriang

KLAWANG: Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dan Ketua Amanah Cawangan Teriang, YB Dato’ Bakri Sawir telah menyantuni ahli-ahli Amanah Mukim Teriang.

Bakri mengadakan program ziarah dari rumah ke rumah, menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, gula dan susu kepada ahli Amanah Teriang.

“Saya sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan ahli Amanah. Terdapat ahli yang telah uzur dan ada juga yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Saya berharap dengan sumbangan ini ianya dapat meringankan beban yang ditanggung,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button