Berita

Bakri santuni ‘frontliners’ di sekatan jalan raya Ulu Klawang

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato Ir.Bakri Sawir telah menyampaikan sumbangan air mineral, biskut, ubat nyamuk dan bateri kepada anggota keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya di Ulu Klawang dekat sini.

“Saya menasihatkan anggota yang bertugas supaya sentiasa berhati-hati semasa menjalankan tugas dan berharap dengan sumbangan ini, ianya meningkatkan semangat bagi meneruskan usaha memerangi wabak Covid-19,” ujar Bakri.

Turut hadir adalah Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Mazlan Udin.

Show More

Related Articles

Back to top button