Berita

Bakri santuni mangsa banjir Kampung Peradong

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah melawat mangsa banjir di Kampung Peradong yang dilanda hujan lebat malam tadi.

Menurut Bakri, hujan yang berlarutan dari petang hingga tengah malam menyebabkan air Sungai Pah melimpah sehingga menenggelamkan separuh rumah mangsa Puan Liza.

“Saya telah menghulurkan bantuan berupa keperluan dapur dan menyediakan kemudahan tempat tidur seperti tilam dan batal kepada keluarga ini.

“Saya juga telah berbincang dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak JPS akan memulakan pembinaan Gabion Wall pada hari Isnin hadapan bagi menghalang kenaikan air apabila hujan lebat,” jelas Bakri.

Turut hadir Encik Pegawai Daerah Jelebu, Encik Rahim A Aziz.

Show More

Related Articles

Back to top button