Aktiviti

Bakri santuni masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah menyantuni masyarakat Tionghua di Ladang Jelebu dan Kampung Hosapa dengan mengagihkan sumbangan Tahun Baru Cina.

“Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, saya telah mengagihkan sumbangan berbentuk 960 kotak limau mandarin dan beras kepada masyarakat Tionghua di sini.

“Saya berharap sumbangan ini memberi sedikit kegembiraan kepada kaum Tionghua, walaupun terpaksa menyambut Tahun Baru Cina di dalam tempoh PKP.

“Saya menasihatkan penduduk sentiasa mengamalkan SOP dalam musim perayaan ini, agar sama-sama memerangi wabak Covid-19 ini,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Hosapa, Encik Ten Pin Fook dan Setiausaha MPKK Ladang Jelebu, Puan Siow Kim Yen En.

Ten dan Siow mewakili penduduk tempatan marakamkan penghargaan di atas sumbangan Bakri sempena Tahun Baru Cina.

 

Show More

Related Articles

Back to top button