Aktiviti

Bakri santuni Pengerusi MPKK sakit barah hati

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Bakri Sawir menziarahi Pengerusi MPKK Ladang Jelebu, Encik Chong Kek Keong yang menghidapi penyakit barah hati.

“Chong merupakan seorang yang sangat aktif menjalankan khidmat masyarakat dan sentiasa menyantuni masyarakat kaum Tionghua di kawasan beliau.

“Beliau sentiasa membawa permasalahan rakyat ke pengetahuan pihak kerajaan. Saya menasihatkan Chong agar bersabar dengan dugaan ini,” kata Bakri.

Bakri menyampaikan sumbangan kewangan dan berharap ianya dapat meringankan sedikit beban beliau sekeluarga.

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button