Menarik

Aishah anjur kejohanan bolasepak cungkil bakat anak muda

GEMAS: Kampung Sri Gemas FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Gemas.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, kejohanan berlangsung selama dua hari di Padang Kampung Pasir Besar.

“Tujuan utama saya menganjurkan kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baru anak-anak muda di DUN Gemas.

“Saya pasti ramai anak muda di sini yang berkebolehan dan bakatnya boleh diketengahkan.

“Sukan bolasepak ramai yang meminatinya tidak kira apa jua golongan dan saya percaya kerjasama dan tolerensi yang baik dalam setiap pasukan amat diperlukan.

“Jalinan ukhwah dengan setiap pasukan dan memupuk erti kesabaran perlu ada dan saya dapat lihat semua itu semasa perlawanan,
” ujar Puan Aishah.

Berikut adalah senarai pemenang Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Gemas.

Johan – Kampung Sri Gemas FC.
Naib Johan – Kampung Pasir Besar.
Ketiga – J-Four.
Keempat – Kurnia FC.
Saguhati – Big Sand Felda Pasir Besar dan Kampung Bukit Masjid FC.

“Masing-masing menerima hadiah wang tunai dan pingat manakala saguhati menerima wang tunai.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Bahrom yang sudi menambah hadiah kepada pasukan yang bertanding.

“Tahniah kepada semua pasukan,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button