Berita

Bakri santuni petugas Pusat Pemberian Vaksin USIM

NILAI: Exco Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Mega di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Puan Asmizal Jaafar.

Tujuan lawatan ini ialah untuk menyantuni petugas dan melihat kelancaran proses pemberian vaksinasi di PPV USIM.

“Kami menyampaikan sumbangan buah-buahan tempatan kepada petugas barisan hadapan.

“Saya juga berkesempatan untuk melihat kelancaran proses pemberian vaksinasi ke pada kumpulan sasar

“Sumbangan bertujuan sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” kata Bakri.

Bakri menasihatkan masyarakat yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin, diminta untuk mendaftar agar imuniti kelompok dapat dicapai dan penularan wabak ini dapat dihentikan.

“Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa.

“Jutaan terima kasih kepada masyarakat dan semua petugas barisan hadapan yang komited mencegah penularan wabak ini,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button