Berita

Bakri serah Bantuan Anak Sekolah kepada 72 pelajar miskin

KLAWANG: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir merangkap ADUN Klawang telah menyampaikan Bantuan Anak Sekolah Fasa Kedua bernilai RM250 kepada 72 pelajar miskin dari DUN Klawang.

“Sumbangan ini adalah dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada 72 pelajar dari keluarga kurang kemampuan yang layak.

“Setiap pelajar menerima sumbangan sebanyak RM550 dan kita telah serahkan RM300 terlebih dahulu di Fasa Pertama pada bulan Ogos lepas.

“Diharapkan dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban para Ibubapa.

“Saya juga berharap para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh, demi masa depan yang cerah,” kata Bakri.

Ibubapa mewakili pelajar terbabit telah menerima bantuan berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button