BeritaMenarik

PH-BN istiqamah bela kebajikan masyarakat Felda

PRN-15: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus beristiqamah bagi membela kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Felda Negeri Sembilan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan PRN-15 menawarkan lima inisiatif untuk masyarakat Felda:

1. Mengenal pasti lot tanah yang bersesuaian di kawasan Felda untuk ditawarkan kepada anak peneroka yang tinggal di tanah rancangan Felda untuk tujuan pembinaan rumah.

2. Mengusahakan pendekatan terbaik untuk penyediaan perumahan Generasi Kedua Felda.

3. Membuka peluang ekonomi dan keusahawanan yang lebih luas di kawasan Felda.

4. Menyediakan bantuan kebajikan, persekitaran hidup yang selamat, penyertaan dalam sukan dan rekreasi yang lebih aktif.

5. Mengiktiraf peranan orang muda di Felda untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sebagai persediaan untuk pemimpin pelapis Felda.

Show More

Related Articles

Back to top button