Berita

Bakri seru pengusaha pertanian ambil peluang ditawarkan Jabatan Pertanian

KLAWANG: Pengusaha tanaman cili Encik Zaini Zakaria dari syarikat Hijau Merah Agro yang menerima bantuan peralatan tanaman cili pada 29 Jun 2020 daripada Exco Pertanian dan Industri Tani, YB Bakri Sawir telah mula membuat semaian anak pokok cili pada 12 September 2020.

“Beliau telah menyemai sebanyak 5 ribu anak cili di dalam polibag di tanah seluas dua ekar di Felda Titi.

“Saya amat berbangga dengan usaha yang dijalankan oleh Encik Zaini dan berharap segala usaha yang dijalankan oleh pengusaha ini akan terus berkembang,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Bakri menyeru mana-mana pengusaha yang berminat dan berpotensi mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dan Jabatan Pertanian.

“Kerajaan atau Jabatan Pertanian akan sentiasa memberi bantuan yang berkaitan untuk memajukan sektor pertanian,” ulas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button