Aktiviti

Bakri sumbang 50 pasang ‘Scrubs uniform’ kepada Pejabat Kesihatan Jelebu

JELEBU: ADUN Klawang, YB Bakri Sawir telah menyampaikan sumbangan 50 pasang baju ‘scrubs uniform’ kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu.

“Saya menyampaikan sumbangan ini bagi memudahkan petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Daerah Jelebu menjalankan tugas mereka.

“Saya berharap dengan sumbangan ini petugas dapat menjalankan tugas dengan baik dan terus berkhidmat dengan cemerlang bagi membantu melawan wabak Covid-19,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Daerah Jelebu, Dr. Haslina Hassan dan pegawai-pagawai jabatan.

Show More

Related Articles

Back to top button