Aktiviti

Bakri sumbang Bantuan Anak Sekolah kepada 94 pelajar

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menyampaikan Bantuan Anak Sekolah kepada 94 pelajar sekolah dari DUN Klawang.

Bakri berkata, Bantuan Anak Sekolah ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi meringankan beban kos pendidikan pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Seperti tahun lepas, bantuan disalurkan melalui dua fasa. Hari ini seramai 94 pelajar telah menerima bantuan kewangan RM250.

“Ini bermakna kesemua 94 pelajar ini telah menerima bantuan kewangan sejumlah RM550 termasuk RM300 yang telah diberikan pada bulan Jun lalu,” kata Bakri.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan berkata, asas bantuan ini ialah RM50 setiap bulan untuk 11 bulan sesi persekolahan.

“Namun, untuk memudahkan proses pengagihan, kita serahkan bantuan ini dalam dua fasa.

“Saya berharap ibubapa menggunakan Bantuan Anak Sekolah ini untuk urusan pendidikan pelajar termasuk Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Contohnya, boleh gunakan duit ini untuk tambah nilai (top up) kredit internet talian telefon bimbit di rumah masing-masin,” jelas Bakri lagi.

Bakri berharap, bantuan kewangan ini membakar semangat pelajar dalam menghadapi pembelajaran dan pendidikan di dalam keadaan yang sukar sekarang ini (Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan pandemik Covid-19).

Show More

Related Articles

Back to top button