Berita

Bakri sumbang baucer RM100 kepada 1,360 keluarga terkesan Covid-19

SEREMBAN: ADUN Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menyampaikan sumbangan baucer pembelian barangan makanan bernilai RM100 kepada 1,360 keluarga.

Bakri berkata, baucer dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini diagihkan kepada 1,360 keluarga dari DUN Klawang yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan.

Bakri berkata, MPKK dan Ahli Majlis Daerah Jelebu turut membantu dalam proses pengagihan baucer kepada penerima dari rumah ke rumah.

Show More

Related Articles

Back to top button