Berita

Pelajar perlu berfikir kritis dan kreatif – Ravi

SRI TANJUNG: Pelajar sekolah perlu berfikiran kritis dan kreatif bagi memperkembangkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang akademik,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Ravi berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Motivasi ‘Journey Towards Success’ di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

“Program selama dua hari ini telah dihadiri oleh 60 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad, SMK Bukit Saujana, SMK Raja Jumaat, SMK Tanah Merah dan Sekolah Tinggi Port Dickson.

“Tujuan program ini dianjurkan bagi meningkatkan motivasi dan potensi pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan dan kerjaya pada masa akan datang,” katanya.

Program ini anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Sosial Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button