Aktiviti

Bakri sumbang motosikal roda tiga kepada OKU

Akan memudahkan pergerakan Nasir

KUALA KLAWANG: Orang Kurang Upaya (OKU), Encik Nasir Ahmad, mendapat sinar baharu apabila menerima sumbangan sebuah motosikal roda tiga dari ADUN Klawang, YB Haji Bakri Sawir untuk memudahkan pergerakan beliau.

“Nasir cacat anggota badan setelah kehilangan kaki kanannya akibat penyakit kencing manis.

“Beliau adalah seorang peniaga warung makanan di Kampung Mengkan, Kuala Klawang.

“Disebabkan kehilangan kakinya, ini menyukarkan pergerakan beliau.

“Diharap dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan beliau dan memudahkan pergerakan beliau ke warung dan kedai,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Tani.

Foto: Nor Azizi

Show More

Related Articles

Back to top button