Berita

Bakri sumbang peralatan elektrik kepada polis Jelebu

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir telah menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Jelebu, yang menjalankan sekatan jalanraya sehubungan dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Bakri menyumbang peralatan seperti kipas angin, lampu limpah, cerek elektrik dan barangan makanan. Sumbangan barangan telah diterima oleh Ketua Polis Daerah Jelebu, Tuan DSP Maslan Udin.

“Saya amat prihatin dengan kegigihan anggota barisan hadapan yang menjalankan tugas tanpa mengira masa dan cuaca.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, ianya dapat memberikan sedikit keselesaan semasa mereka menjalankan tugas,” ujar Bakri.

Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19 dan mengelakkan orang ramai dari diambil tindakan undang-undang jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Show More

Related Articles

Back to top button