Berita

Bakri sumbang RM5 ribu kepada Madrasah Tahfiz Yamin Ulu Klawang

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Madrasah Tahfiz Yamin di Ulu Klawang.

Bakri berkata, bantuan kewangan ini adalah sumbangan dari koperasi KOPUTRA Bank Muamalat.

Dalam majlis ringkas yang diadakan di Madrasah Tahfiz Yamin; Pengerusi KOPUTRA, Encik Zaharudin Alias menyerahkan cek kepada Bakri.

Bakri seterusnya menyampaikan cek berkenaan kepada Pegawai Operasi Madrasah Tahfiz Yamin, Encik Iqbal Zawahir.

“Terima kasih kepada pengurusan KOPUTRA kerana memilih DUN Klawang untuk mengagihkan sumbangan (kewangan).

“Saya berharap sumbangan ini membantu pentadbiran Madrasah Tahfiz dari segi pengurusan kewangan,” kata Bakri.

Turut hadir Setiausaha KOPUTRA, Encik Sazali Saidin; Ahli Jawatankuasa KOPUTRA, Encik Jasni Ahmad; Pegawai Kewangan Madrasah Tahfiz Yamin, Puan Nor Aizat Adnan dan Pembantu Am Madrasah Tahfiz Yamin, Encik Mohd Izwan Iddrie Mohd Idris.

Show More

Related Articles

Back to top button