Berita

Bakri: Tanaman Sayuran Secara Bermeja, kaedah baru mudah diusahakan

LENGGENG: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Bakri Sawir telah mengadakan sesi ‘walkabout’ ke projek Fertigasi Tanaman Sayuran Secara Bermeja yang diusahakan oleh Encik Hamzah Hashim.

“Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat sendiri tanaman sayuran bermeja yang pada masa ini satu kaedah tanaman sangat popular dan terkini yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan dengan modal yang berpatutan.

“Saya amat menggalakkan pengusaha sayuran agar mengaplikasikan kaedah baru ini, yang mudah diusahakan agar tanaman sayuran berkembang dan berdaya saing dengan tanaman lain.

“Pihak Jabatan Pertanian sentiasa memberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya bagi memastikan petani atau pengusaha dapat menjalankan aktiviti mereka secara berterusan dan maju,” kata Bakri yang juga ADUN Klawang.

Bakri mengucapkan tahniah di atas langkah-langkah yang dilaksanakan oleh PPK Sri Klana Lenggeng dalam menjana ekonomi ahli-ahlinya.

Turut hadir dalam sesi walkabout ini Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan, Encik Mohd Khairi Mohd Hadzir; Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Klana Lenggeng, Encik Muhamad Nasri Yaakub; Pegawai Pertanian Daerah Seremban, Puan Nor Milah Mat Unus; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Klana Lenggeng dan Wakil Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Puan Fauziah.

Show More

Related Articles

Back to top button