Berita

Bakri turun padang siasat kes kematian ikan air tawar

REPAH: Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah membuat lawatan ke tapak perusahaan ikan air tawar di Kampung Pondoi, Repah, Tampin.

Menurut pengusaha ikan talapia, Mohd Fazrul Mohd Saat, banyak ikannya yang mati berikutan pencemaran air sungai berdekatan yang beliau gunakan sebagai sumber air.

“Saya telah melawat kawasan perlombongan pasir yang dikatakan melepaskan air dari kolam rawatan perlombongan pasir tersebut.

“Saya telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci berkaitan punca kematian ikan agar perkara ini tidak berulang,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button