Berita

Bakriyah ceriakan sambutan Aidil Fitri ‘frontliners’

Sumbang 2,000 pek kuih raya

SEREMBAN: Menyedari sumbangan dan pengorbanan ‘frontliners’ yang perlu bertugas ketika umat Islam menyambut sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Badan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan, Wakil Rakyat dan Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (Bakriyah) telah menyumbang pek kuih dan biskut raya kepada mereka.

Pengerusi Bakriyah, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof telah menyerahkan 2,000 pek kuih raya kepada wakil-wakil ‘frontliners’ termasuk Panglima 1 Briged Negeri Sembilan, Ybhg Brig.Jen Mohd Nazri Abd Rahman; Ketua Polis Negeri, YBhg.DCP Dato Mohamad Mat Yusop; Pengarah Kesihatan Negeri, YBhg.Datin Dr. Harlina Abd Rashid; Pengarah MKN Negeri, Ybhg Tuan Aswanjaya Abd Karim; Pengarah RELA Negeri, Ybhg Tuan Darman Dabang dan Pengarah APM Negeri, Lt. Kol (PA) Fazlisyah Muslim.

Datin Seri Wan Hasni menyerahkan sumbangan pek kuih raya kepada Pengarah APM Negeri Sembilan, Lt.Kol (PA) Fazlisyah Muslim.

“Pek kuih, kek dan biskut raya ini diserahkan kepada agensi dan jabatan berkenaan untuk diagihkan kepada petugas semua PusatKawalan Operasi Bencana (PKOB), Stesen Kuarantin, Sekatan Jalan Raya dan Bilik Gerakan serta Hospital yang terlibat dalam pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Ketika umat Islam yang lain sedang menyambut Aidil Fitri di kediaman atau bersama saudara mara, pengorbanan dan sumbangan ‘frontliners’ ini perlu dihargai yang sama-sama bertarung siang dan malam untuk mengawal dan membasmi wabak maut Covid-19.

“Semoga sumbangan ini menceriakan anggota ‘frontliners’ sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini,” kata Datin Seri Wan Hasni.

Datin Seri Wan Hasni merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Syarikat Nestle (M) Sdn Bhd, Coca-cola Bottlers Malaysia Sdn Bhd dan Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut menyumbang pek kuih dan biskut raya.

Turut hadir di majlis penyerahan ini kelmarin di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr.Razali Ab Malek.

Show More

Related Articles

Back to top button