Berita

Balai Polis Nilai berpindah ke Bandar Baru Nilai

NILAI: Balai Polis Nilai yang sekarang berada di Pekan Nilai telah berpindah ke bangunan baru di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai yang terletak di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

Bermula 01 Mei 2021, Balai Polis Nilai akan mula beroperasi sepenuhnya di tempat baharu manakala bangunan lama Balai Polis Nilai di pekan Nilai akan dijadikan sebagai Pondok Polis Pekan Nilai.

Walaubagaimanapun, segala perkhidmatan dan aduan awam masih boleh dibuat dan berjalan seperti biasa termasuk permohonan rentas negeri.

Diharapkan agar dengan adanya lokasi baharu Balai Polis Nilai ini, ianya dapat memudahkan lagi urusan tuan/puan terutamanya yang berada disekitarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button