Berita

Balai raya dan gelanggang futsal Taman Sri Mawar berwajah baru

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan lawatan tinjauan kerja-kerja membaiki dan menyelenggara balai raya, gelanggang futsal dan tandas awam di Taman Sri Mawar; di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, Lawatan diadakan bersama pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Encik Azim dan Encik Sharin Kamaruzaman; Pengerusi Ranting KeADILan, Encik Yusof dan pihak Kontraktor Gedong Perkasa Enterprise.

“Kini balai raya dan gelanggang futsal telah berubah wajah dan nampak lebih sempurna berbanding sebelum ini, walaupun ada beberapa lagi infrastruktur yang perlu dibaiki.

“Peruntukan tambahan akan dimohon semula bagi menambah baik lagi balai raya meskipun kerja-kerja membaik pulih yang dilaksanakan kali ini tidak sepenuhnya atas faktor peruntukan yang terhad.

“Projek Pemerkasa ini dilaksanakan demi memenuhi keperluan dan kebajikan penduduk Taman Sri Mawar,” jelas Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Serembam, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button