Berita

Balai Raya Kampung Baru Rasah dinaik taraf, kos RM100,000

RAHANG: Projek membaik pulih Balai Raya Kampung Baru Rasah dengan kos RM100,000 akan bermula minggu ini,” kata ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh.

Mary Josephine berkata, setelah dilanda kejadian angin ribut bulan lalu, terdapat beberapa kerosakan struktur di balai raya yang perlu dibaik pulih dengan segera.

“Disebabkan ia sebuah bangunan yang agak lama, saya telah meminta kontraktor menggantikan bahagian yang reput dan rosak dengan bahan binaan yang lebih tahan lama.

“Projek baik pulih balai raya ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan.

“Apabila kerja-kerja baik pulih ini siap, balai raya ini boleh digunakan dalam keadaan yang selamat dan selesa,” Mary Josephine.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Rasah, Encik Liow Thien Choy dan Pegawai Khas AUN Rahang, Encik Lawrance Fah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button