Berita

Balakrishnan dapat perhatian Abdul Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menghulurkan sumbangan lampin pakai buang, susu tepung khas dan sumbangan kewangan kepada seorang warga emas yang keuzuran, Encik Balakrishnan Manikam, 73 tahun.

“Encik Balakrishnan tinggal di Mahsan bersama isteri dan anaknya.

“Beliau sakit terlantar dan kurang upaya untuk bergerak sejak tiga bulan lalu.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga ini,” kata Abdul Rahman.

Balakrishnan mengucapkan terima kasih kepada Abd Rahman di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

Turut bersama, Pengerusi MPKK Ladang Geddes, Encik Murugan Krishnan.

Show More

Related Articles

Back to top button