Berita

Balu kakitangan hotel terima faedah insuran RM300 ribu

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan cek faedah insuran kepada Cik Nur Balqis Abd Razak, isteri kepada Allahyarham Chef Abd Razak Abd Ghani, yang merupakan Chef Ekskutif di Klana Resort, Seremban.

Menurut Aminuddin, Allahyarham telah meninggal dunia pada 6 Ogos 2020 yang lalu dan meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata.

“Allahyarham Chef Abd Razak telah berkhidmat di Klana Resort, Seremban selama 27 tahun bermula sebagai Junior Sous Chef sebelum akhirnya diberi kepercayaan sebagai Chef Ekskutif pada tahun 2009.

“Mewakili pengurusan Klana Resort Seremban, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan ini.

“Didoakan semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” kata beliau di majlis penyerahan cek di Klana Resort Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button