Berita

Banjir di Kampung Gemetir dan Kampung Kuala Talang, tindakan susulan akan diambil,” Shahran

SERI MENANTI: Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan dua buah rumah di Kampung Gemetir di sini ditenggelami banjir. Manakala sebuah rumah di Kampung Kuala Talang turut dinaiki air.

Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat menerima aduan dari Pengerusi MPKK Kampung Gemetir, Encik Jalaludin Ujang mengenai kejadian banjir kilat yang melibatkan dua buah rumah di kampung tersebut.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan meninjau keadaan di situ. Selepas itu saya ke Kampung Kuala Talang untuk meninjau kejadian sebuah rumah ditenggalami air hujan.

“Saya akan mengambil tindakan susulan dengan memanjangkan isu ini kepada jabatan kerajaan yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button