Berita

Bantuan Hari Raya MPKK dan pegawai masjid

RM200 setiap penerima babitkan kos RM520,000.

BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1441 H KEPADA PENGERUSI MPKK,
SETIAUSAHA MPKK DAN PEGAWAI MASJID SELURUH NEGERI SEMBILAN

Kerajaan Negeri Sembilan merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac yang lalu.

Sebagai menghargai sumbangan berterusan ini Kerajaan Negeri Sembilan telah
bersetuju memberikan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1441 kepada nadi utama masyarakat yang melibatkan MPKK dan Masjid.

Bantuan untuk MPPK melibatkan 866 Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK yang
telah berkhidmat sehingga 30 April 2020.

Termasuk Pengerusi MPKK dan Setiausaha
MPKK yang telah menerima surat lantikan baru.

Pegawai Masjid melibatkan 603 orang Imam, 294 orang Bilal Satu , 298 Siak Satu dan 292 Pembantu Am Wanita Masjid seluruh Negeri Sembilan akan menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memperuntukkan RM 200 bagi setiap penerima yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM 520 000.

Bantuan ini akan dibayar di dalam minggu ini sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA.”

DATO’ SERI HJ. AMINUDDIN BIN HARUN
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
18 MEI 2020

Show More

Related Articles

Back to top button