Aktiviti

Bantuan pakaian kepada mangsa banjir Johol dan Jeram Padang

JOHOL: Penyelaras DUN Johol, YM Tunku Yazid Tunku Adzim dan Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu mengagihkan bantuan pakaian kepada penduduk Kampung Langkap Dangi dan Kampung Air Pesom yang terlibat dengan banjir pada 19 November lepas.

“Kedua-dua kampung ini terletak di persempadanan Mukim Johol dan Jeram Padang.

“Sebanyak 10 buah keluarga terjejas akibat banjir yang lalu, dan kami berharap bantuan yang telah disalurkan mampu meringankan penderitaan penduduk ekoran kemusnahan harta benda akibat bencana ini,” kata Tunku Yazid dan Musliadi dalam kenyataan bersama.

Terlebih dahulu dalam satu program berasingan, Tunku Yazid turut mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button