AktivitiBerita

Bantuan Perkapita bagi institusi pendidikan Islam naik 50 peratus

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menaikkan kadar Bantuan Perkapita kepada 50 peratus pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Perkapita adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pihak pengurusan sekolah yang terlibat untuk kegunaan sekolah mengikut maksud belanja ditetapkan yang mana manfaatnya kembali kepada pelajar.

“Bantuan ini diberikan kepada Institusi Pendidikan Islam berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) termasuk sekolah-sekolah swasta.” katanya. 

Bantuan disalurkan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

KADAR BANTUAN PERKAPITA:

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI (SMAN)

BIL. KATEGORI INSTITUSI KADAR LAMA

(RM)/ PELAJAR

KADAR BAHARU

(RM)/ PELAJAR

1. SMAN 100/ SETAHUN 150/ SETAHUN

 

 SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

BIL. KATEGORI INSTITUSI KADAR LAMA

(RM)/ PELAJAR

KADAR BAHARU

(RM)/ PELAJAR

1. SABK 100/ SETAHUN 150/ SETAHUN

 

INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA

BIL. KATEGORI INSTITUSI KADAR LAMA

(RM)/ PELAJAR

KADAR BAHARU

(RM)/ PELAJAR

1. MAAHAD TAHFIZ 80/ SETAHUN 120/ SETAHUN
2. SEKOLH RENDAH/ MENENGAH AGAMA SWASTA 80/ SETAHUN 120/ SETAHUN
3. PONDOK/ MADRASAH 80/ SETAHUN 120/ SETAHUN
4. SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) 60/ SETAHUN 90/ SETAHUN
5. TADIKA ISLAM 60/ SETAHUN 90/ SETAHUN

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button