Berita

Bantuan Tunai RM300 bagi peniaga berpindah ke pusat penjaja setempat MBS

Penjaja yang patuhi syarat akan dilesenkan oleh MBS

1. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat sebilangan penjaja di dalam kawasan operasi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah terlibat dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh MBS sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Pihak MBS mengambil tindakan tersebut atas sebab-sebab kebersihan serta tindakan beberapa penjaja yang mendirikan struktur kekal.

3. Pihak MBS juga telah mengambil tindakan menyita dan merampas barangan dan peralatan yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

4. Namun begitu, pihak MBS telah bersetuju membenarkan para penjaja yang terlibat untuk menuntut kembali barangan dan peralatan tersebut dan menjaja di tempat yang diwartakan oleh MBS selepas tempoh PKPB tamat.

5. Bagi memastikan kebersihan tapak penjaja terjaga serta mengelakkan gangguan lalu lintas, MBS akan menyediakan tempat khas di mana para penjaja boleh menjalankan perniagaan dengan syarat:

i. Penjaja hanya dibenarkan berniaga di petak khas yang disediakan oleh MBS;

ii. Penjaja hendaklah membawa balik kesemua peralatan termasuk khemah, meja, kerusi, kenderaan dan lain-lain peralatan;

iii. Penjaja hendaklah sentiasa memastikan kebersihan tapak penjaja semasa berniaga dan sebelum pulang setiap hari; dan

iv. Setiap penjaja yang mematuhi syarat akan dilesenkan oleh MBS.

6. Sehubungan dengan itu juga, Kerajaan Negeri menawarkan bantuan tunai sebanyak RM300 kepada setiap penjaja bagi meringankan beban mereka untuk memulakan perniagaan di tapak yang disediakan.

7. Insya-Allah Kerajaan Negeri komited bagi menyelesaikan isu penjaja tepi jalan yang berlarutan sejak sekian lama dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk pihak penjaja dan MBS.

β€œπ—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—›. π— π—¨π—”π—™π—”π—žπ—”π—§. π—¦π—˜π—π—”π—›π—§π—˜π—₯𝗔.”
Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
15 Mei 2020

Show More

Related Articles

Back to top button