Berita

Barisan hadapan Covid-19 disantuni Rusnani

Rusnani sumbang barang makanan kepada anggota bomba

GEMAS: Dalam usaha menghargai pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani wabak Covid-19, Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring telah mengadakan satu lawatan ke Balai Bomba Gemas.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Tuan Mohd Farid Abu Bakar;  Penyelia Pasukan  A, (PBK 11) Encik Mohd Kassim Arippin; Penyelia Pasukan B, (PBK 11) Encik Ariffin Esa dan Penyelia Pasukan C, (PBK 11) Encik Azmi Mansor.

Rusnani berkata, sesi lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan satu hubungan yang baik antara pihak Penyelaras DUN Gemas dan Balai Bomba Gemas.

“Ini secara tidak langsung dapat mengenali dengan lebih jelas berkenaan skop dan tugasan anggota bomba serta peranannya, terutamanya di kalangan masyarakat.

“Justeru itu, lawatan ini merupakan salah satu bentuk medium perbincangan dua hala untuk kepentingan masyarakat DUN Gemas khususnya,” katanya.

Lawatan selama 45 minit itu telah dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak bomba dan rombongan Pejabat Penyelaras DUN dibawa melihat dan meninjau persekitaran, peralatan dan jentera yang terdapat di balai bomba tersebut.

“Selain itu, pelbagai perkara dan agenda telah dibincang serta permasalahan turut diutarakan.

“Antaranya ialah kesukaran pihak bomba untuk memandu jentera dan kenderaan yang besar masuk ke kawasan perumahan Taman Jaya berikutan terdapat sebatang pokok yang rendang dan dahannya telah melintang di tengah-tengah jalan tersebut.

“Insya Allah saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak berkenaan untuk tindakan susulan,” ujar Rusnani.

Di akhir lawatan tersebut,Rusnani telah menyerahkan barang-barang keperluan asas pantri untuk kegunaan dan keperluan anggota yang bertugas di balai berkenaan seperti beras, telur, minyak masak, tepung, gula, biskut, milo, sardin, susu, mee segera, roti dan kuih raya.

Turut hadir Naib Ketua Cabang Keadilan Tampin, Encik Jeffry Young Ahmad; Pengerusi MPKK Kampung Tiong, Encik Gobi Narayanasamy; Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid; Pengerusi MPKK Kampung Ladang, Encik Ahmad Hamidi Seman; Pengerusi MPKK Kampung Pasir Besar, Encik Muhammad Din Karim dan Bendahari Wanita Keadilan Cabang Tampin, Puan Junita Said.

Show More

Related Articles

Back to top button